Selamat Datang

Selamat datang ke blog Reka Bentuk Berkomputer

Objektif

Berkongsi ilmu Lukisan Teknik yang telah kami pelajari.

Pemilik Blog

Kami ialah 3 orang pelajar UPSI dalam bidang Teknologi Maklumat Semester 4 2011/2012 yang berkongsi blog ini untuk menyampaikan ilmu Lukisan Teknik kepada anda semua.
 

Unjuran Ortografik Ketiga

Thursday, 29 March 2012

Unjuran ortografik ditakrifkan sebagai satu kaedah untuk memaparkan bentuk lukisan sesuatu komponen mengikut arah unjuran komponen secara tepat kepada satah paparan. Unjuran lukisan ini yang berbentuk dua dimensi (2D) akan membentuk beberapa pandangan.


Terdapat tiga arah pandangan, iaitu :

1) Pandangan atas (pelan)
2) Pandangan depan (hadapan)
3) Pandangan sisi (tepi)


Dalam kaedah unjuran ortografik kita perlu peka dan tahu bagaimana untuk menentukan kedudukan pandangan-pandangan lukisan itu dari sesuatu lukisan objek tersebut. Hasil pandangan-pandangan tersebut boleh menggambarkan atau menunjukkan bentuk permukaan objek yang sebenar.
  

 Terdapat dua jenis lukisan ortografik :
1) Pandangan unjuran sudut pertama
2) Pandangan unjuran sudut ketiga

Sudut pandangan pertama :


Ciri-ciri :

1) Pandangan hadapan di sebelah pandangan sisi.
2) Pandangan atas DI BAWAH  pandangan hadapan.


Sudut pandangan ketiga : 

Ciri-ciri :

1) Pandangan hadapan di sebelah pandangan sisi.
2) Pandangan atas DI ATAS pandangan hadapan.




untuk contoh di atas, perlu tentukan tiga arah pandangan iaitu pelan, sisi dan hadapan. maka ianya akan menjadi seperti contoh dibawah ini:-




Sudut pandangan ketiga berbeza apabila pelan dilukis di bahagian atas.




Contoh :
Objek di atas boleh dilukis dalam bentuk 2D dari sudut pandangan ketiga seperti ini :


1 comments:

bambiahquidley said...

Casino - Dr. Martin's in Las Vegas, NV - Dr. Martin's
and we 부천 출장안마 will take your chances on a 출장마사지 variety of 세종특별자치 출장샵 slot games. We have a wide selection 서산 출장샵 of slot machines including table games, 전라북도 출장샵 video poker, video

Post a Comment