Selamat Datang

Selamat datang ke blog Reka Bentuk Berkomputer

Objektif

Berkongsi ilmu Lukisan Teknik yang telah kami pelajari.

Pemilik Blog

Kami ialah 3 orang pelajar UPSI dalam bidang Teknologi Maklumat Semester 4 2011/2012 yang berkongsi blog ini untuk menyampaikan ilmu Lukisan Teknik kepada anda semua.
 

Latih Tubi Lukisan Oblik

Thursday 10 May 2012

1. Antara ciri-ciri dibawah, yang manakah BUKAN ciri lukisan oblik.

    A. Permukaan rata
    B.  Permukaan condong
    C. Piramid
    D. Silinder jawapan

2. Nyatakan jenis-jenis lukisan oblik.

    Jawapan :                                                                    

3. Apakah jenis lukisan yang ditunjukkan dibawah?


    Jawapan :                                                                                       

4. Apakah perbezaan antara unjuran kavalier dan unjuran kabinet?

    Jawapan :                                                                                       

Pengenalan Isometri


Assalamualaikum & selamat sejahtera. Hai apa khabar anda semua? Kami harap anda dalam keadaan sihat sentiasa dan masih sudi menerima ilmu yang kami sampaikan ini.

Baiklah. Kali ini kami akan memberikan sedikit ilmu mengenai lukisan isometri. so, kamu bolehlah take note.



 Lukisan Isometri
  • lukisan Isometri ialah satu lukisan piktorial ataupun dengan mudahnya ianya merupakan  lukisan  bergambar yang dapat memberi maklumat dan gambaran objek dengan lebih jelas.
  • lukisan ini dapat menunjukkan bentuk sesuatu objek dalam 3 dimensi (3D) melalui pelan, pandangan hadapan dan pandangan sisi.
contohnya:

  • Lukisan ini mempunyai 3 paksi
    • Paksi A bersudut tepat dengan paksi mendatar
    • Paksi B dan Paksi C bersudut 30° dengan paksi mendatar 
    • Paksi condong lukisan isometrik bersudut 30 darjah. 

contohnya :
  • Paksi Isometri juga boleh dilukis menghala kebawah dari paksi mendatar untuk menunjukan bahagian bawah dengan jelas :
contoh gambar :

    Perbezaan antara Unjuran ortografik dengan pandangan Isometri.


       Antara perbezaan yang dapat dilihat antara unjuran ortografik dengan pandangan isometri ialah objek sebenar bentuk 2D dan 3D. bentuk 2D adalah untuk UNJURAN ORTOGRAFIK manakala 3D untuk ISOMETRI.




    contoh isometri :




    contoh unjuran ortografik :





    Tutorial Lukisan Isometri

    Assalamualaikum. Sekarang kami akan berkongsi tutorial video tentang lukisan Isometri. Kredit video kepada www.cikguromie.net. Di dalam laman web tersebut, pelbagai kaedah lukisan teknik ditunjukkan oleh guru tersebut. Anda bolehlah merujuk laman web tersebut di samping blog kami. =)


    Latih Tubi Isometri

    1. Apakah perbezaan antara lukisan isometri dengan unjuran ortografik?
       
        Jawapan :                                                                                          

    2.Lukiskan 3 bentuk paksi yang terlibat dalam lukisan isometri?

       Jawapan :                                                                                           

    3. Berdasarkan gambarajah dibawah, lukiskan objek dalam bentuk isometri.



       Jawapan :                                                                                                    

    Jenis Isometri

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hai. Apa khabar?  =). Harap anda semua sihat. Alhamdulillah. Dalam entri kali ini, kami akan terus berkongsi dengan anda mengenai jenis-jenis lukisan isometri. Sebelum ini kita telah belajar mengenai pengenalan kepada lukisan isometri di sini . Sekarang kami akan tunjukkan kepada anda tentang jenis lukisan Isometri.


    Isometri terbahagi kepada 2 iaitu :-


    1) Lukisan Isometri
    2) Unjuran Isometri


    Lukisan ini berbeza melalui ukuran sisi objek.


    • Lukisan Isometri disiapkan menggunakan skala biasa 1:1.
    • Unjuran Isometri pula disiapkan menggunakan skala isometri (skala khas 80% pada garisan isometri sahaja).
    • Kedua-kedua lukisan ini sama bentuknya tetapi lukisan isometri lebih besar 25% dari unjuran isometri.