Selamat Datang

Selamat datang ke blog Reka Bentuk Berkomputer

Objektif

Berkongsi ilmu Lukisan Teknik yang telah kami pelajari.

Pemilik Blog

Kami ialah 3 orang pelajar UPSI dalam bidang Teknologi Maklumat Semester 4 2011/2012 yang berkongsi blog ini untuk menyampaikan ilmu Lukisan Teknik kepada anda semua.
 

Jenis Isometri

Thursday, 10 May 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hai. Apa khabar?  =). Harap anda semua sihat. Alhamdulillah. Dalam entri kali ini, kami akan terus berkongsi dengan anda mengenai jenis-jenis lukisan isometri. Sebelum ini kita telah belajar mengenai pengenalan kepada lukisan isometri di sini . Sekarang kami akan tunjukkan kepada anda tentang jenis lukisan Isometri.


Isometri terbahagi kepada 2 iaitu :-


1) Lukisan Isometri
2) Unjuran Isometri


Lukisan ini berbeza melalui ukuran sisi objek.


  • Lukisan Isometri disiapkan menggunakan skala biasa 1:1.
  • Unjuran Isometri pula disiapkan menggunakan skala isometri (skala khas 80% pada garisan isometri sahaja).
  • Kedua-kedua lukisan ini sama bentuknya tetapi lukisan isometri lebih besar 25% dari unjuran isometri.


Di bawah ialah contoh gambarajah perbandingan Unjuran Isometri & Lukisan Isometri 



Pembinaan skala Isometri
 1) Lukiskan garisan 45 darjah menggunakan pembaris biasa dan tandakan ukurannya.
 2) Lukiskan garisan 30 darjah.
 3) Pindahkan ukuran ke garisan 30 darjah.


Paksi Isometri

  • Paksi Biasa


           - Butiran isometri di sebelah atas objek dilukis dengan lebih jelas.
           - Garisan isometri dilukis bersudut 30 darjah dengan garisan mengufuk dan titik x 
             adalah titik terendah.

  • Paksi Panjang
         - Sesuai untuk menggambarkan objek yang panjang.         
         - Satu daripada paksi isometri selari dengan garisan mengufuk. 
         - Garisan condong dilukis 120 darjah daripada garisan mendatar.


  • Paksi Terbalik
         - Butiran isometri di sebelah bawah ditunjukkan dengan lebih jelas.
         - Garisan isometri dilukis bersudut 30 darjah dengan garisan mengufuk.  




0 comments:

Post a Comment