Selamat Datang

Selamat datang ke blog Reka Bentuk Berkomputer

Objektif

Berkongsi ilmu Lukisan Teknik yang telah kami pelajari.

Pemilik Blog

Kami ialah 3 orang pelajar UPSI dalam bidang Teknologi Maklumat Semester 4 2011/2012 yang berkongsi blog ini untuk menyampaikan ilmu Lukisan Teknik kepada anda semua.
 

Pengenalan

Thursday 29 March 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Blog Reka Bentuk Berkomputer ini dibina bagi melaksanakan satu tugasan dalam subjek MCC 3073 REKA BENTUK BERKOMPUTER di bawah penyeliaan pensyarah kami, Puan Azniah Bt Ismail. Tugasan yang dinyatakan di atas ialah merangkumi topik :-



1) Sukuan sudut ketiga unjuran ortografik.

Blog ini juga bertujuan untuk meyampaikan maklumat mengenai sukuan sudut ketiga dalam unjuran ortografik kepada masyarakat tidak kira kepada pelajar sekolah mahupun universiti yang mengambil jurusan ini. Ahli kumpulan yang terdiri daripada 3 orang seperti dalam gambar di sebelah mencuba sedaya upaya untuk memberikan persembahan yang terbaik kepada semua yang membaca dan mencari maklumat di dalam blog ini.

Sebagai langkah pertama pengajaran, kami memberi penerangan secara teori kepada anda tentang unjuran ortografik amnya dan khususnya tentang sukuan sudut ketiga. Seterusnya kami juga memberi penerangan secara praktikal yang ditunjukkan dalam video yang telah kami hasilkan. Bagi menguatkan lagi pemahaman tentang sukuan sudut ketiga ini, kami juga menyediakan soalan tutorial kepada anda. Anda boleh rujuk kepada posts yang kami telah muat naik.

Diharap bahan-bahan yang ditunjukkan di dalam blog ini akan membantu anda dan menambahkan pengetahuan anda tentang unjuran ortografik.

0 comments:

Post a Comment