Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hai. Apa khabar? =). Harap anda semua sihat. Alhamdulillah. Dalam entri kali ini, kami akan terus berkongsi dengan anda mengenai jenis-jenis lukisan oblik. Sebelum ini kita telah belajar mengenai pengenalan kepada lukisan oblik di sini . Sekarang kami akan tunjukkan kepada anda tentang jenis atau kelas Lukisan Oblik.
KELAS OBLIK
KELAS OBLIK
- Unjuran Kavalier
- Unjuran Kabinet
- Unjuran Am
Unjuran Kavalier
- Menggunakan ukuran sebenar pada bahagian satah dan unjuran.
- Gambarajah di bawah ialah contoh lukisan oblik unjuran kavalier yang kami lukis menggunakan perisian AUTOCAD 2012. Anda boleh cuba melukis lukisan ini menggunakan perisian tersebut.
Unjuran Kabinet
- Menggunakan 1/2 daripada ukuran sebenar.
- Gambarajah di bawah ialah contoh lukisan oblik unjuran kabinet yang kami lukis menggunakan perisian AUTOCAD 2012. Anda boleh cuba melukis lukisan ini menggunakan perisian tersebut.
Unjuran Am
- Menggunakan 3/4 daripada ukuran sebenar.
- Gambarajah di bawah ialah contoh lukisan oblik unjuran am yang kami lukis menggunakan perisian AUTOCAD 2012. Anda boleh cuba melukis lukisan ini menggunakan perisian tersebut.
Kelebihan Lukisan Oblik
- Mudah dilukis berbanding isometri.
- Menggunakan satu sudut sahaja iaitu 30 darjah, 45 darjah dan 60 darjah.
- Bulatan boleh dielakkan dari dilukis secara elips. Seperti gambarajah di bawah :-
Kelemahan Lukisan Oblik
- Tidak memperlihatkan ketepatan penglihatan, terutamanya objek yang panjang.
- Tidak sesuai untuk objek yang panjang seperti rel, kereta api dan lain-lain.
- Sudut unjuran besar, bahagian unjuran pendek.
- Sudut unjuran kecil, bahagian unjuran menjadi panjang.
Baiklah. Sekarang kita telah belajar tentang jenis-jenis lukisan oblik, kelebihan dan juga kekurangan lukisan ini. Dalam entri yang seterusnya, kami akan berkongsi tentang cara-cara untuk membuat lukisan oblik ini. Stay tuned okay! Jumpa di entri seterusnya. Assalamualaikum. =)
Kredit sumber gambarajah : Puan Azniah, Nota MCC3073 Topik 4.
0 comments:
Post a Comment