Selamat Datang

Selamat datang ke blog Reka Bentuk Berkomputer

Objektif

Berkongsi ilmu Lukisan Teknik yang telah kami pelajari.

Pemilik Blog

Kami ialah 3 orang pelajar UPSI dalam bidang Teknologi Maklumat Semester 4 2011/2012 yang berkongsi blog ini untuk menyampaikan ilmu Lukisan Teknik kepada anda semua.
 

Pengenalan Oblik

Sunday 29 April 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebelum ini kita telah belajar mengenai lukisan ortografik bukan? So, how? Okay? =). Kami berharap anda semua akan dapat sedikit sebanyak ilmu tentang lukisan ini untuk diaplikasikan dalam pelajaran mahupun kehidupan seharian anda.
Entri kali ni tentang sambungan daripada lukisan ortografik iaitu Lukisan Oblik. Kami akan terangkan mengenai lukisan oblik ini secara terperinci kepada anda. Sekiranya anda mempunyai masalah mengenai lukisan ini dan ingin bertanya soalan. Anda boleh menghantar soalan anda melalui borang pertanyaan yang kami sediakan di link ini. InsyaAllah kami akan menjawab soalan anda. =).


Lukisan Oblik adalah salah satu daripada pecahan lukisan teknik seperti di bawah :-
    
    Lukisan Teknik
  • Lakaran
  • Lukisan Geometri
              - Satah (Unjuran Ortografik)
              - Bongkah (Lukisan Piktorial seperti lukisan perspektif, oblik, isometri dan himpunan)
  • Lukisan berkaitan bidang berkenaan

OBLIK
  • Oblik juga dikenali sebagai unjuran serong.
  • Ia merupakan satu kaedah mempamerkan objek atau bentuk secara bergambar dalam tiga dimensi.
  • Saiz kedalaman objek perlu disesuaikan bagi mengurangkan kesan herotan supaya menampakkan bentuk seakan-akan sebenar. 


              Paksi Oblik Secara Umum







Ciri-ciri Oblik

  • Mempunyai satu sudut kedalaman pada paksi surut (30darjah, 45darjah atau 60darjah).

Gambarajah menunjukkan paksi surut bersudut 45 darjah.


Gambarajah menunjukkan paksi surut 45 darjah.

Gambarajah menunjukkan paksi surut 30 darjah.


Gambarajah menunjukkan paksi surut 30, 45 dan 60darjah.

  • Satu daripadanya permukaannya selari dengan satah bersudut tegak.
  • Sesuai untuk objek yang pendek dan ketepatan bahagian unjuran tidak berkadaran.
  • Objek diputarkan pada sudut tertentu.
  • Permukaan rata
  • permukaan condong
  • Permukaan terpotong (segitiga)
  • Piramid
  • Lubang (menara)
  • Bulatan atau lengkung

Oblik terbahagi kepada 3 kelas. Pengkelasan Oblik ini akan kami terangkan lebih lanjut dalam entri yang berikutnya iaitu di sini.

Terima kasih kerana berkunjung ke sini. Diharap semua ilmu yang kami kongsikan dapat membantu anda. =)

Kredit kepada sumber rujukan : Oblique Drawing 

0 comments:

Post a Comment