Selamat Datang

Selamat datang ke blog Reka Bentuk Berkomputer

Objektif

Berkongsi ilmu Lukisan Teknik yang telah kami pelajari.

Pemilik Blog

Kami ialah 3 orang pelajar UPSI dalam bidang Teknologi Maklumat Semester 4 2011/2012 yang berkongsi blog ini untuk menyampaikan ilmu Lukisan Teknik kepada anda semua.
 

Kaedah Melukis Oblik

Sunday 29 April 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hai. Apa khabar?  =). Harap anda semua sihat. Alhamdulillah. Dalam entri kali ini, kami akan berkongsi dengan anda mengenai Kaedah Melukis Lukisan Oblik. Kami akan memberi tunjuk ajar tentang kaedah melukis secara manual iaitu melukis tanpa menggunakan sebarang perisian komputer



Peralatan yang diperlukan ialah :-

  1. Pensel 2B, HB, 2H atau mekanikal.
  2. Kertas lukisan grid atau kertas lukisan bersaiz A4 (mengikut kesesuaian anda).  Kertas lukisan biasa digunakan untuk melukis lukisan prespektik, lukisan ortografik, lukisan oblik dan lukisan isometrik. Kertas grid digunakan untuk asas melukis lukisan oblik kabinet dan oblik kavalier. Kertas isogrid digunakan untuk asas melukis lukisan isometrik.
  3. Pembaris.
  4. Pemadam.
  5. Papan Lukisan: Digunakan untuk meletakkan kertas lukisan
  6. Sesiku T: Digunakan membina garisan lurus mendatar + Digunakan juga sebagai tapak untuk membina garisan tegak dan serong/condong dengan set sesiku.
  7. Protraktor untuk melukis sudut paksi surut.


Pemilihan Paksi Oblik
  • Dilukis berpandukan 3 paksi.
  • Ambil arah yang dapat menunjukkan 'bulatan sebagai bulatan'.
  • Terdapat pelbagai pilihan paksi surut. Maka, pilih ikut kesesuaian bentuk  objek dan bilangan objek (details) di permukaannya.
  • Sudut yang besar sesuai untuk mempamerkan butiran manakala sudut yang kecil digunakan untuk mempamerkan bentuk yang lebih jelas pada permukaan tepi.

Kaedah Melukis
  1. Menggunkan pensel dan pembaris, lukis garisan mendatar dan menegak. Seterusnya lukis sudut surut 30 darjah di bahagian kanan lukisan menggunakan protraktor untuk ketepatan saiz sudut. Lukisan garisan mendatar dan menegak 90 darjah bersaiz 4 cm.
       2. Seterusnya, lukis pandangan hadapan mengikut saiz yang sebenar seperti tertera dalam soalan. 
           Anda boleh rujuk contoh gambarajah di bawah.

          3. Setelah siap melukis bahagian di atas. Anda bolehlah melukis pandangan sisi dan atas. 
              Anda boleh merujuk contoh di bawah untuk kepastian.
            4. Lukisan Oblik unjuran Kavalier telah siap. Seterusnya anda boleh melihat apakah perbezaan 
                menggunakan sudut surut 30 darjah dan 45 darjah dalam gambarajah di bawah.

Gambarajah 1

Gambarajah 2

Gambarajah 1 menunjukkan saiz sudut surut ialah 30 darjah dan panjang sisi ialah 3.5 cm manakala sudut surut untuk gambarajah 2 ialah 45 darjah dan panjang sisinya ialah 2.83. Ini bermakna semakin besar sudut surut semakin pendek panjang sisi lukisan oblik kavalier.

  
Kaedah yang sama juga digunakan untuk melukis Unjuran Kabinet dan Unjuran Am. Anda hanya perlu menggunakan 1/2 daripada ukuran sebenar untuk Unjuran Kabinet dan 3/4 daripada ukuran sebenar untuk Unjuran Am. Perlu diingatkan bahawa gambaran hadapan lukisan adalah tidak berubah untuk semua jenis unjuran lukisan Oblik ini. Yang berubah adalah saiz pandangan sisi dan pelan sahaja. 

Baiklah. Pada entri seterusnya, kami akan memberi contoh tutorial tentang Lukisan Oblik. Nantikan kemunculan entri terbaru daripada kami. =). Terima kasih kerana membuka laman blog picisan kami ini untuk menuntut ilmu. Diharap ilmu yang kami sampaikan ini dapat membantu anda dalam pelajaran mahupun kehidupan seharian. Semoga bertemu lagi. Assalamualaikum. =)

0 comments:

Post a Comment