Di entri ini kita akan belajar cara untuk melukis lukisan isometri. Bagi memudahkan anda memahami cara melukis lukisan isometri dengan lebih ringkas, kami akan menunjukkan contoh lukisan yang mudah untuk anda fahami seperti dibawah :
Berdasarkan gambarajah yang anda lihat di atas, kita akan melukis lukisan isometri berpandukan gambarajah tersebut.
1. Perkara pertama yang anda perlu lakukan sebelum melukis lukisan isometri ialah, anda perlu membuat paksi surut bersudut sama ada 30° atau 45° (mengikut kehendak atau arahan soalan).
2. Setelah itu, pindahkan lukisan mengikut arah pandangan sisi dan hadapan. Dalam gambarajah dibawah, bahagian sisi berada di sebelah kiri manakala bahagian hadapan berada di sebelah kanan. kami telah mewarnakan bahagian sisi dengan warna biru manakala bahagian hadapan berwarna merah agar anda dapat membezakan kedua-dua sudut pandangan tersebut.
3. Setelah selesai melukis bahagian hadapan dan sisi, lukiskan pula garis unjuran seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah untuk membina pelan lukisan. Tujuan garis unjuran dilukis adalah untuk mengelakkan anda terkeliru ketika membuat bahagian pelan.
4. Bahagian terakhir yang perlu dilakukan ialah bentukkan objek isometrik dengan mencantumkan pelan dengan bahagian hadapan dan sisi seperti gambarajah dibawah.
5. Kemaskan lukisan anda, padam garisan yang berlebihan dan......pop!! Jadilah sebuah lukisan isometri! =)
NOTA PENTING : Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa kita perlu mengasingkan lukisan pelan dengan lukisan hadapan dan sisi (langkah 2 dan 3) sedangkan kita boleh melukisnya secara serentak. Sebenarnya anda boleh melakukan demikian, tetapi jika anda harus melukis lukisan yang lebih rumit, maka langkah 2 dan 3 adalah perlu agar anda tidak terkeliru dengan kedudukan pelan dan yang ingin dilukis di atas bahagian sisi dan hadapan.
Seterusnya mari kita belajar cara melukis bulatan pada isometri. Bulatan pada isometri ini juga dikenali sebagai elips.
1. Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah, buat satu lukisan isometri berbentuk segi empat tepat seperti gambarajah di bawah. (anda boleh mengaplikasikan cara melukis lukisan isometri yang telah anda pelajari di atas)
2. Kemudian, buat garisan bersilang dengan menyambungkan titik yang berwarna biru di garisan atas (rujuk gambarajah dibawah) dengan titik berwarna biru yang bertentangan dengannya. Titik berwarna merah pula ialah titik persilangan antara garisan titik-titik berwarna biru. Pastikan garisan anda mempunyai persilangan seperti dibawah bagi memudahkan proses melukis elips yang akan dilakukan selepas ini.
3. Sekarang barulah kita akan melukis bulatan. Caranya mudah sahaja. Lukis bulatan dengan berpandukan titik biru yang telah anda buat di atas. Dalam melukis bulatan, anda hendaklah mengabaikan bahagian bucu kerana anda tidak akan menggunakan tanda tersebut. Tetapi pastikan bulatan anda melalui titik biru yang berada di tengah garisan dan sambungkan kesemuanya. Hasil lukisan anda akan terbentuk seperti gambarajah dibawah.
Kini, lukisan bulatan pada isometri anda telah pun terbentuk. =)
Di bawah ini kami sertakan video tutorial melukis bulatan pada isometri. Jika anda tidak faham dengan tutorial yang kami sediakan, anda boleh menonton video ini atau bertanyakan soalan terus kepada kami. InsyaAllah kami akan membantu sedaya yang boleh.
SELAMAT MENCUBA~! =)
0 comments:
Post a Comment