Berkongsi ilmu Lukisan Teknik yang telah kami pelajari.
Pemilik Blog
Kami ialah 3 orang pelajar UPSI dalam bidang Teknologi Maklumat Semester 4 2011/2012 yang berkongsi blog ini untuk menyampaikan ilmu Lukisan Teknik kepada anda semua.
Assalamualaikum & selamat sejahtera. Hai apa khabar anda semua? Kami harap anda dalam keadaan sihat sentiasa dan masih sudi menerima ilmu yang kami sampaikan ini. Baiklah. Kali ini kami akan memberikan sedikit ilmu mengenai lukisan isometri. so, kamu bolehlah take note.
Lukisan Isometri
lukisan Isometri ialah satu lukisan piktorial ataupun dengan mudahnya ianya merupakan lukisan bergambar yang dapat memberi maklumat dan gambaran objek dengan lebih jelas.
lukisan ini dapat menunjukkan bentuk sesuatu objek dalam 3 dimensi (3D) melalui pelan, pandangan hadapan dan pandangan sisi.
contohnya:
Lukisan ini mempunyai 3 paksi
Paksi A bersudut tepat dengan paksi mendatar
Paksi B dan Paksi C bersudut 30°denganpaksi mendatar
Paksi Isometri juga boleh dilukis menghala kebawah dari paksi mendatar untuk menunjukan bahagian bawah dengan jelas :
contoh gambar :
Perbezaan antara Unjuran ortografik dengan pandangan Isometri.
Antara perbezaan yang dapat dilihat antara unjuran ortografik dengan pandangan isometri ialah objek sebenar bentuk 2D dan 3D. bentuk 2D adalah untuk UNJURAN ORTOGRAFIK manakala 3D untuk ISOMETRI.
Assalamualaikum. Sekarang kami akan berkongsi tutorial video tentang lukisan Isometri. Kredit video kepada www.cikguromie.net. Di dalam laman web tersebut, pelbagai kaedah lukisan teknik ditunjukkan oleh guru tersebut. Anda bolehlah merujuk laman web tersebut di samping blog kami. =)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hai. Apa khabar? =). Harap anda semua sihat. Alhamdulillah. Dalam entri kali ini, kami akan terus berkongsi dengan anda mengenai jenis-jenis lukisan isometri. Sebelum ini kita telah belajar mengenai pengenalan kepada lukisan isometri di sini . Sekarang kami akan tunjukkan kepada anda tentang jenis lukisan Isometri.
Isometri terbahagi kepada 2 iaitu :-
1) Lukisan Isometri 2) Unjuran Isometri
Lukisan ini berbeza melalui ukuran sisi objek.
Lukisan Isometri disiapkan menggunakan skala biasa 1:1.
Unjuran Isometri pula disiapkan menggunakan skala isometri (skala khas 80% pada garisan isometri sahaja).
Kedua-kedua lukisan ini sama bentuknya tetapi lukisan isometri lebih besar 25% dari unjuran isometri.
Blog ini ditubuhkan dan direka bertujuan untuk berkongsi dengan anda tentang ilmu Lukisan Teknik disamping melaksanakan tugasan yang diberikan oleh Puan Azniah dalam subjek MCC3073 Reka Bentuk Berkomputer.